ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Januari 2023.
1. Pesawat terhempas di Nepal, 68 mangsa terkorban
Sebuah pesawat yang membawa 72 penumpang dan anak kapal terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di bahagian tengah Nepal, mengorbankan 68 orang, lapor Reuters.
2. Kotak hitam pesawat terhempas di Nepal ditemui
Perakam suara kokpit dan data pesawat Yeti Airlines 691 yang terhempas di Pokhara, Nepal, ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Isnin.
3. Gempa bumi magnitud 6.3 landa Kepulauan Izu, Jepun
Gempa bumi bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Izu, Jepun, pada 04:49:52 GMT Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
4. 24 maut akibat musim sejuk di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 24 orang mati kesejukan termasuk empat kanak-kanak di pelbagai wilayah di Afghanistan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Tolo news pada Isnin.
5. Iran tutup pejabat, institusi pendidikan ekoran kekurangan bekalan gas musim sejuk
Kebanyakan pejabat kerajaan, universiti dan sekolah di seluruh Iran kekal ditutup Ahad ketika gelombang sejuk melanda negara itu selain kekurangan bekalan gas.
6. WEF2023: Tahap keselamatan kini di tahap tertinggi
Tahap keselamatan di sini sempena Forum Ekonomi Dunia 2023 (WEF2023) ditingkatkan ke tahap tertinggi seiring majlis pembukaan yang bakal berlangsung pada petang Isnin waktu tempatan.
7. WEF 2023: Kenakan cukai lebih tinggi, telus kepada golongan kaya - Aktivis anti-WEF
Aktivis iklim dan kumpulan anti-WEF serta jutawan mengadakan demonstrasi seiring penganjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023, di sini.
8. Tragedi Kanjuruhan | Tiga pegawai polis antara lima didakwa
Mahkamah Indonesia hari ini memulakan perbicaraan terhadap lima lelaki atas pertuduhan kecuaian sehingga menyebabkan kematian 135 orang, termasuk kanak-kanak selepas polis melepaskan gas pemedih mata di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur.
9. Protes | Peru isytihar darurat 30 hari
Peru mengisytiharkan darurat di ibu negara Lima serta tiga wilayah lain berikutan protes berlanjutan terhadap Presiden Dina Boluarte yang sehingga kini meragut sekurang-kurangnya 42 nyawa.
10. Protes | 30,000 pekerja kesihatan berkumpul di Madrid
Kira-kira 30,000 pekerja kesihatan melancarkan protes terhadap kerajaan di Madrid, Sepanyol, pada Ahad. Protes itu sebagai membantah dasar dan polisi sistem kesihatan yang lemah oleh kerajaan wilayah konservatif.
Astro Awani
Mon Jan 16 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Kebakaran restoran di Madrid, dua maut, 12 cedera
Datuk Bandar berkata, dua mangsa yang maut ialah seorang pekerja restoran dan seorang pelanggan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemimpin Turkiye, NATO, Sweden, Finland adakan sidang kemuncak di Madrid
Pemimpin Turkiye, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Sweden dan Finland akan mengadakan sidang kemuncak di Madrid minggu ini sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak NATO.
EU mula gerak kerja dana pemulihan ekonomi terbesar
Ursula von der Leyen pada Rabu memulakan tugas di Portugal dengan mengemukakan perancangan pengunaan 800 bilion euro yang diperuntukkan tahun lalu.
Ribuan sertai himpunan di Madrid, tanda sokongan kepada Palestin
Protes itu diadakan pada tarikh sambutan ulangtahun peristiwa Nakba iaitu peristiwa yang mana rakyat Palestin dijajah ditanah milik mereka.
12 ahli kartel dadah terbesar di Madrid tumpas
Kartel itu dikategorikan sebagai sangat ganas susulan banyaknya senjata yang ditemui semasa serbuan.
Letupan di Madrid, dua maut dalam runtuhan bangunan
Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bangunan di tengah bandar Madrid milik Gereja Katolik runtuh pada Rabu.
COVID-19: Pesakit berusia 104 tahun pulih selepas 14 hari dirawat
Elena, dirawat selama 14 hari dan merupakan pesakit ke-4149 yang pulih
COVID-19: Sepanyol laksanakan sekatan baharu, denda jika ingkar SOP
Setakat Isnin, Sepanyol merekodkan jumlah keseluruhan 813,412 kes dengan 32,225 kes kematian.
Madrid laksana perintah berkurung, lebih 5 juta penduduk terkesan
Pada Jumaat, Madrid melaksanakan perintah berkurung buat kali kedua selepas angka jangkitan di Sepanyol mencecah sehingga 810,807 kes.